Tuesday 20 November 2012

NaMpAk MaCaM lAwaK tApI iTU lAh AkU

hehehehe....cuba tengok tajuk aku tu "Nampak Macam Lawak Tapi Itu Lah Aku ". aha!!! apa bendanya tu???

ting tong!!!
kali ni aku share apa yang aku x boleh, yang aku boleh aku x nak ceritalah...hahahahaha!!!

ok la...dipendekkan cerita, sesiapa sahaja yang nak berkawan dengan aku diorang x perlu risau-risau. nak tahu kenapa???? haaaaaa....kt bawah ini aku nyatakan sebab-sebabnya  :-)

1- aku tak makan makanan laut seperti udang, sotong, dan ketam. kalau ikan tu aku makan lah...
                KENAPA??? sebab nak kata alahan tu tidak...tapi mmg aku x makan. x mau lah tanggung risiko..hehehe...

2- aku x suka makan dekat kedai yang ramai orang..nak tahu kenapa??? sebab nanti dapat makanan lambat,  lepas tu mulalah nanti aku jadi "hulg". seriously aku memang kuat makan dan aku suka makan.

3- aku x suka makan kat tempat yang ramai lelaki...huhuhuhu..yang ni paling aku x suka, sebab nanti "lelaki-lelaki" tu tengok perempuan macam nak makan. scary u know!!! lepas tu nanti mulalah nak main "sweet2". apa dia ngat aku ni spesis tikus mondok macam diorang ke??? eeeeeuuuuuu...please lah!!!

4- aku x suka makan dekat tempat yang exclusive...huhuhu, selamatlah duit u all....aku lebih suka makan dekat tempat yang biasa-biasa je...yang penting sedap, kalau x sedap x guna jugakan. sebab confirm aku x abis makan nanti..lepas tu membazir...

5- aku x suka makan DURIAN!!!! kalau nak ikutkan dulu aku makan je, tapi dah beberapa tahun ni aku x makan sebab bau durian tu buat aku pening. so, jangan makan durian depan aku. tu pun kalau x nak tgk aku moody la..hahahaha...

6- aku x suka p tempat ni "Genting Highland"...huhuhu, selamat lagi lah duit aku n sesape je yg berkawan dengan aku. korang ajak la macam mana pun, aku tetap x nak pergi..bukan sebab takut, tapi.......x tahulah kenapa..sudah3, jangan banyak songeh..baca je yang seterusnya!!!





dah habis dah.....tu je yang aku nak share :-)

Friday 19 October 2012

Syukur Atok dan Nenek Diberikan Peluang

Maha suci Allah....Alhamdulillah atok dan nenek telah diberikan peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah. dengan berkat kesabaran atok dan nenek akhirnya dapat juga mereka pergi. pada tarikh 4 Oktober 2012 atok dan nenek telah berangkat ke Tanah Suci Kota Makkah. Walaupun aku tidak dapat menghantar mereka ke lapangan terbang, namun aku sempat melihat atok dan nenek melalui video call sehari sebelum mereka berangkat.Terima kasih kepada pak usu aku...Aku dan semua ahli keluarga amat merindui atok dan nenek.Semoga atok dan nenek beroleh haji yang Mabrur dan diberikan kesihatan yang baik bagi memudahkan atok dan nenek beramal ibadah disana. Insyaallah....ada rezeki aku akan hantar ibu dan ayah ke Tanah Suci Kota Makkah pula dan itulah impian aku untuk ibu dan ayah... Insyaallah ada rezeki lebih lagi, aku pula yang akan menyusul.Amin.....








Terima kasih pada Mohd Farhan Bin Zakaria @ Hanzack Zakaria sebab upload gambar-gambar ini dekat facebook...at least akk dapat juga tgk atok n nenek.


Untuk semua ahli keluarga ku yang tersayang, sama-sama kita nantikan kepulangan atok dan nenek pada 19 November 2012 ni....






Saturday 15 September 2012

Sekali Dalam Hidup Aku!!!

14 September 2012 merupakan satu hari yang paling seronok dalam hidup aku. Benda ni dah lama aku nak buat, tapi x tahu macam mana nak join. Tapi Alhamdulillah, lepas aku nampak kawan aku duk post tentang program sukarelawan kat sebuah hospital ni, aku apa lagi terus tanya dia untuk dapatkan maklumat lanjut...

hmmmm....aku pun apa lagi, tak kan nak rasa benda ni sorang2...aku pun ajak lah kawan2 aku untuk join sama...aku ajak 3 orang rakan aku iaitu Atikah Bahaman, Intan Nur Arena dan Nur Fazatul...tapi hanya 2 orang je rakan aku yang join...but it's ok..after this kalau ada lagi aku nak ajak tiga2 sekali...

ok, aku dan kawan2 kena buat kerja sukarela ni dekat bahagian kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star Kedah. mula2 tu takut lah juga sebab pikir apa kemungkinan2 yang akan kami lalui.. yela duk bahagian kecemasan 2  :-) ...sampai2 je kt hospital orang2 kat situ tgk kami mcm kami ni alient...sabo jela..aku pun masuk dalam hospital dengan muka buat dono je..hahahaha....lepas 2 aku dan kawan2 di beri sedikit penerangan tentang bahagian kecemasan 2 dan tempat2 yang akan kami duduk...

jeng3!!!!

tuuu diaaaaa.......

mula2 aku tgk kt bilik prosedur 2 ada mcm2 peralatan dan agak menakutkan sbb itu lah bilik untuk menjahit patient n cuci luka2 patient, dan depannya wad pemerhatian (OR)..pas 2 aku dan kawan2 di bawa ke yellow zone dan red zone...2 lah tempat2 yang akan kami duduk...hmmmm...kerja kami amat mudah dan bantu setakat yang kami mampu...aku dan kawan2 diberi tugas masing2 yang mana 1 tempat akan diletakkan 2 orang sukarela..mula2 aku dan Nur Fazatul duk kat bahagian red zone tapi ditukarkan ke bilik prosedur...huhu!!! BILIK MENJAHIT ORANG 2.....

kul 8.30 kami memulakan tugas..mula2 agak kekok dengan keadaan dan peranan kami di situ...tapi x ape, aku dan ton tunggu je kat luar bilik prosedur 2... kut2 lah ada patient yang nak kena jahit...

hambik kau!!! x lama lepas 2 ada sorang patient duk depan kami nak kena jahit...takut lah juga kan...5 minit lepas 2 datang sorang MA ni...dan aku pun tanya " ada nak kena bantu apa-apa x??? " padahal jantung aku dup dap..dup dap...hahahha...MA 2 pun tanpa segan silu cakap " boleh je kalau nak tlg"..huhu..aku dan ton sepantas kilat masuk dalam bilik 2....

fuuuuyooooooooooooooo!!!!
kena jahit 2....aku suruh ton tlg dulu..tapi dia x berani..so aku lah yang kena tlg MA 2...menggigil tangan dan kaki aku..apa tak nya, mula2 kena lap darah patient, cuci luka petient dan last sekali tlg MA 2 jahit luka patient ( padahal tlg gunting benang dan lap darah patient masa jahit je...tapi ngat senang ke??? susah jgk 2...)

malam tu ramai patient yang kena jahit disebabkan excident, kena belasah dengan orang dan yang paling aku x tahan bila ada patient ni yang DRUNKEN MASTER.....tapi x pe...aku kuat kan diri aku juga...tang drunken master ni aku agak takut sikit..takut dia bukak silat dia...yela orang tgh mabuk dan x sedarkan diri...time nak jahit luka dia kt dahi..time 2 la dia nak mengekut kan badan dia..sampaikan MA tu geram dengan dia...aku cuba tenang kan patient walaupun aku takut...tapi bukan patient je, dengan MA tu sekali aku tenang kan...hahahahahaha.....tapi alhamdullillah..semuanya berjalan dengan baik...

bila bosan..aku jalan2 n tlg kawan2 aku yg lain...antaranya tolak patient pergi x-ray dan masuk wad...bagi aku ini adalah satu pengalaman yang menarik dalam hidup aku...kalau ada peluang macam ni lagi aku nak join...tepat kul 8 pagi aku dan kawan2 balik ke UUM dengan aku masa tu MENGANTUK + HAPPY = KEPUASAN.....

YANG PASTI AKU MEMANG NAK JOIN LAGI..SEBAB TAK ADA ERTI BOSAN DAN TAKUT  BILA AKU DAH MULA SERONOK JOIN PROGRAM SUKARELA NI...CUMA 1, DI SAAT AKU TAKUT AKU SEDARKAN DIRI AKU DENGAN MENGATAKAN BAHAWA " AKU KE SINI NAK TOLONG ORANG DAN TIMBA PENGALAMAN DENGAN BELAJAR BENDA-BENDA BARU DAN BUKANNYA UNTUK SUKA-SUKA "








sekian..tu sahaja cerita aku pada masa ni...hehehehe....

Saturday 8 September 2012

Aku Bersyukur Di Pertemukan Dengannya....

Alhamdulillah..bukan mudah untuk mencari seseorang insan yang benar-benar ikhlas menerima diri kita dalam kehidupannya. Aku bersyukur kepada Allah di saat doa aku di makbulkan oleh Allah setelah 6 tahun kehidupan aku sengsara tanpa ada rasa kebebasan. Aku yakin dengan kekuasaan Allah yang Maha Mengetahui apa yang telah aku lalui. Kini aku dipertemukan dengan seorang insan yang boleh menerima aku seadanya dan dengan keikhlasan yang ada pada dirinya, dia berani tampil untuk berjumpa dengan ibu dan ayah aku. Syukur Alhamdulillah ibu dan ayah aku dapat menerimanya walaupun perbezaan umur kami agak jauh. Namun itu bukan penghalangnya kerana aku benar-benar mencari lelaki yang ikhlas untuk menerima aku. Sekali lagi aku bersyukur kerana ibu dan ayah aku telah merestui hubungan kami. Kini aku bermohon pada Allah supaya peliharalah hubungan kami dari sebarang perkara yang tidak diingini. Aku tidak peduli apa yang orang nak kata bila aku coretkan kisah hidup aku ini kerana aku tak nak orang-orang perempuan macam aku ni mudah putus asa dalam percintaan. Aku nak mereka yakin dengan kekuasaan Allah yang mana jodoh dan pertemuan itu semuanya ditentukan oleh Nya. Aku juga tidak kisah apa yang orang lain nak pikir tentang aku di saat mereka membaca apa yang telah aku coretkan ini kerana itu semuanya hanya aku, keluarga dan insan tersebut saahaja yang tahu. Tapi satu perkara yang korang kena tahu, apa yang aku coretkan disini hanya untuk berkongsi apa yang telah aku lalui. Aku harap bagi mereka yang cuba untuk mendekati aku saat ini faham apa yang telah aku ceritakan kerana kini aku sudah temui kebahagiaan. Buat Insan yang aku sayang, terima kasih di atas keikhlasan mu, kejujuran mu dan kasih sayang mu. Sama-sama kita ingat pesan ibu " apa-apa pun dalam perhubungan ni, kita kenalah jujur tak kiralah sesama kita mahupun dengan orang tua kita, kerana semua itu akan bawa berkat dan dipermudahkan segala urusan kita "

Tuesday 4 September 2012

Aku Dan Dunia ku

Siapa kata wanita tidak mampu untuk melakukan apa yang lelaki lakukan. sebab itu jangan sesekali memandang rendah pada golongan wanita. Walaupun video yang u all tengok ini tidak sehebat kumpulan lelaki mahupun kumpulan wanita lain...namun aku bangga dengan mereka kerana dengan berkat kesungguhan dan kegigihan mereka kumpulan ini masih bertahan. aku tak malu nak tunjuk kepada orang ramai kerana aku tahu mereka boleh untuk lebih maju....sebenarnya banyak lagi lagu-lagu yang boleh mereka mainkan, cuma video ini akan aku upload dalam blog aku sebab x semua orang boleh mainkan alat muzik sambil berselawat terutamanya pada golongan wanita. terpulang u all nak cakap apa, tetapi cuma 1 aku nak katakan " Aku Bangga Dengan Mereka dan Aku Bangga Menjadi Sebahagian Daripada Mereka "

Selamat Menonton....





Monday 11 June 2012

Batu Feringgi - Penang Butterfly Farm - Bukit Bendera

assalamualaikum semua...dah lama rasanya x update blog ni..rindu plak...time teringat nak update..time 2 la ada je keje nak buat..ha..sekarang, ini lah masanya nak update blog aku ni...

      kali ini aku nak share tempat2 menarik yang aku dah pergi sepanjang aku duk kat negeri org ni... baru2 ni aku dengan mak teh aku pergi ke peneng n secara x langsung aku jadi tourist guide untuk mak teh sekeluarga...sebenarnya banyak2 tempat menarik yang ada kat peneng..yang penting kena tahu jalan..tapi x apa..sign board ada katanya...so juz follow sign board je la..hahahaha....tapi disebabkan uncle adam tahu serba sedikit jalan peneng ni..keje aku jadi mudah ckit...tp x pela..sama2 membantu katanya...Firstly aku n mak teh p jalan2 kat Batu Feringgi n aku tgk kat situ semuanya pantai, pemandangannya cantik sngt2 n kalau rasa nak mandi..boleh mandi kat situ..tapi jangan tengah2 ari buta..panas katanya..





ok, lepas kami semua p Batu Feringgi, kami pergi pula ke Taman Rama-Rama @ Peneng Butterfly Farm...dengan hanya bermodalkan RM18 utk org dewasa u all dah boleh masuk...rasa seronok sangat pergi taman rama-rama ni..nak tahu kenapa??? sbb rama-rama kat taman ni jinak-jinak, besar-besar dan cantik-cantik semuanya...aku pun ambil peluang sentuh rama-rama tu...x caya nanti u all boleh tengok gambar2 kat bawah ni...selain itu, bukan rama-rama je yang ada kat dalam taman ni, ada juga binatang2 lain seperti ular, ikan dan lain2...bagi u all yg nak cari souvenier utk kawan2...kat taman rama2 ni ada kedai souvenier n blh lah beli kt situ....ni gambar2 kat taman rama-rama tu...



untuk destinasi yang seterusnya, aku bawak mak teh n family dia p Bukit Bendera..huhuhu..ni pun first time aku p sana...dengan hanya bermodalkan RM8 untuk orang dewasa dan RM4 bagi kanak2 yang berumur 3 tahun ke atas..u all dah boleh masuk ke tempat tu untuk melihat pemandangan Pulau Pinang dari atas. perkara paling best ialah naik train dari bawah nak ke puncak Bukit Bendera 2...huhuhu...masa nak naik 2, train nya ala2 lambat je..tapi bila dah nak trun..ambik ko...confirm kecut perut u all...dari atas u all boleh nampak seluruh Pulau Pinang....kalau rasa nak tgk dekat2...u all boleh tgk guna teropong yg disediakan kat situ..bayar 5 kupang je = 50 sen..hehehehhe....kat atas Bukit Bendera 2..u all boleh tgk rumah2 peninggalan British yang kebanyakannya dah pun di beli oleh jutawan2 yang ada kat negara kita ni...dgn udaranya yg nyaman, cuacanya yg sejuk dan pemandangannya yang sangat indah..u all akn rasa tenang..kalau x percaya..pergilah Bukit Bendera 2..huhuhuhu....















Tuesday 8 May 2012

Bila Si kEcil SudAh gEnAp 1 tAHuN....

alhamdulillah si kecil yang paling aku & keluarga ku syg dah pun genap 1 tahun...selamat hari lahir syakir..dah besar ya kamu....mak uda doakan syakir sihat sentiasa & dipanjangkan umur...ingat tau..kami semua sayang sama kamu..cepat2 la sikit pandai cakap ea....jalan dah boleh jalan dah..gigi pun tumbuh dah...cakap je belum lagi ni..bukan apa..nak dengar la si kecik panggil nama "mak uda" bila mak uda balik nanti..mak uda rindu sangat2 kat syakir...sayang kamu..mmuuuaahhh...



                

      4 MEI 2012 = GENAP UMUR SAYA SETAHUN

Monday 16 April 2012

KeRjA AkU mAsA cUtI bArU2 nI

yuhuuuuuu.....lama x update blog ni...al-maklumlah sibuk ckit....
kali ni aku nak story ckit ape yg aku wat sepanjang cuti aku seminggu yang lepas start 5 April - 15 April...
jadual harian akk sibuk ckit...ape tak nya mcm2 yang aku wat masa cuti ari 2...tp aku rasa seronok sbb dapat timba pengalaman n terkenang kan masa aku sekolah dulu...
ok, aku mula story ea...sepanjang cuti aku sibuk dgn wat esaimen tentang warga emas yang mana aku perlu mencari seorang warga emas yang bermasalah...tp Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya berjumpa dgn seorang warga emas yang mengalami penyakit nyanyuk...sebelum ni aku x pernah berhadapan dgn warga emas yang ada penyakit nyanyuk...walaupun pertemuan aku dgn atok 2 amik masa yang singkat, sekurang2nya aku dapat juga merasai kerenah warga emas yang ada sakit nyanyuk...dr situ aku dpt pengalaman baru yang mana aku secara x langsung telah mengusulkan masalah atok ni kt JKM....ha! bkn Jabatan Kesihatan ea...tp Jabatan Kebajikan Masyarakat...aku rasa bersyukur sngt2 sbb dpt tlg atok n penjaganya...
ok...dalam aku wat esaimen tntg warga tua 2...aku juga melibatkan diri dlm melatih budak2 kawad sekolah aku sbb mereka ada pertandingan kawad kaki...dlm bnyk2 badan uniform 2...aku lebih tumpukan perhatian pd unit uniform pengakap sbb masa aku form 6,bnyk kenangan manis aku bersama dgn mereka...tp, paling x bestnya muka aku berbelang blik sbb masa latih diorang kawad 2 cuaca panas bebenor..tp x pela, yg pntg aku puas hati....
ok...masa cuti ari 2 gak..aku libatkan diri aku dengan kumpulan wanita yang mana aku bersama dengan sekumpulan ibu-ibu, dan adik-adik buat persembahan masa majlis perasmian program bestari kraft kreatif yang dirasmikan oleh YB kt tmpt aku...syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....








ha..ni la gambar budak2 aku yg khusyuk duk belajar kawad...muka2 ni la yg bnyk kena marah dgn aku..hehehehe...sory ye adik2...

Saturday 31 March 2012

Entah Ape2...

Ya ALLAH...nape lah aku perlu wat dia mcm ni...sdgkan dulu dia rasa seperti ape yg aku tengah  rasa skrg...nape dulu dia susah nak terima tp still blh kawan dgn aku lg...tp bila dia dah jumpa yg tersayang...aku plak nak jauhkan diri aku dari dia...rasa macam x adil untuk dia...yang penting aku rindu nak mesej dgn dia n tanya khabar dia....untuk bff ku yg tersayang...lisa minx maaf sngt2 ye sbb wat kamu mcm ni.....

Friday 23 March 2012

Erti Seorang Teman

antara cinta dan sahabat...siapa yang akan ku pilih..bagi aku, sahabat lah yang paling penting sebab biarlah cinta itu datang dengan sendirinya dan bukan di cari...bermula hanya sebagai kawan, kini aku tahu apa itu kawan yang sebenar...aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab ada kawan2 yang betul2 memahami aku, dan kini aku tahu siapa kawan yang x boleh dijadikan sebagai teman. aku x perlukan kawan yang banyak sakitkan hati aku, tapi aku perlukan kawan yang baik kepada aku kerana kawan itu lah yang akan menjadi sahabatku. walaupun lepas ini aku susah nak jumpa diorang tapi aku x akan pernah lupakan diorang...







walaupun mereka " SITI NORIZAN MOHD ASRI, WARDAH, SURIA KASANDRA, SURYA KASIH, KAK KUYAH" x ada kat dalam gambar-gambar ni..tapi u all tetap kawan saya yang saya sayang sampai bila2...

Saturday 10 March 2012

KuNcI kEjAyAaN MinDa...

semua orang kat dunia ni mahukan kejayaan dalam kehidupan mereka... namun semua 2 bergantung kepada minda mereka dalam menentukan ape yang  terbaik utk dirinya...berpandukan 5K Insyaallah kita semua akan peroleh kejayaan : Apa itu 5K???
1) KECEMERLANGAN
2) KEUNGGULAN
3) KEHEBATAN
4) KEISTIMEWAAN
5) KEJAGUHAN
oleh itu, setiap manusia kt dunia ni mempunyai minda dan merupakan anugerah Allah kepada hambanya untuk membezakan manusia daripada makhluk2 ciptaanNya yang lain. Namun minda juga sering disebut sebagai 3 istilah yang mempunyai maksud yang sama iaitu : 
1) OTAK 
2) PEMIKIRAN
3) WAWASAN
manakala kunci untuk mencapai kejayaan ini pula bergantung kepada 4 aspek penting. korang tahu ape 4 aspek penting 2???? ha...ni lah 4 aspek penting tu :
1) PUNCA
2) SUMBER
3) STRATEGI
4) PETUA
so....kalau u all nak tahu, KUNCI KEJAYAAN MINDA KITA ialah PUNCA KECEMERLANGAN PEMIKIRAN.
huhuhuhuhu..sekadar berkongsi pengetahuan hasil drpd pembacaan aku...


Tuesday 21 February 2012

KePeNtInGaN iLmU


ILMU SEMEMANGNYA AMAT PENTING DALAM KEHIDUPAN KTA SEHARIAN...CUBA DENGAR LAGU NI, THEN CARI APA MAKSUD TERSIRAT DARI LAGU NI...BTW, LAGU NI IBU AKU YANG CIPTA  UNTUK LAGU TERBARU KUMPULAN HADRAH KAMI..THANKS IBU...

SuAmIKu ! AyAhKu!

suamiku ! ayahku !
apelah yg patut aku laku kan bila suamiku! ayahku! Oh! tidaaaakkkkkkkkk....tapi itulah dilema seorang perempuan yg harus dilalui.
kisahnya bermula mcm ni..1 ari, aku kenal dgn seorang lelaki n aku x dpt nak detect berapa umur dia sbb dr segi  personalitinya lelaki ni nmpk muda n bila di tanya umur, dia ckp umur dia dlm lingkungan 30- an je...huhuhu...ok la 2 kn kalo 30- an...makin lama, perkenalan ku dgn dia semakin mesra n aku berasa senang dgn dia...di pendekkan cerita, 1 ari tu, dia cakap dgn aku nak masuk minang aku. perghhhh!!! terkejut gila kut..n dia suruh aku tanya kat parents aku, blh xkalo dia nak masuk minang...huhuhu...kalo aku x bg tau pun, confirm2 ibu n ayah aku x kn bg...tp x dinafikan, aku rasa senang bila berkawan dgn dia...
tiba-tiba! 1 ari aku dpt tau umur dia 44 tahun...hahahahhaha....terkejut gila kut..ape tak nya, umur dia lebih kurang dgn ibu aku cuma muda 2 tahun je dr ibu aku...n tua ayah aku beberapa tahun je...OMG!!!!
kini aku berada di dalam dilema utk meneruskan perkenalan aku dgn dia...yela, cuba u all bayang kan kalo dia jd SUAMI aku.. n dalam pada masa yg sama dia dah mcm AYAH aku disebabkan faktor umur dia tu, walaupun ramai org cakap usia x mengenal siapa..tp x semua org blh menghadapinya...arrrrrggghhhhhh....tidaaaaakkkkkk........


( untuk pengetahuan semua, cerita kat atas ni bkn jd pada diri aku...tp pd seorang hamba Allah yg aku kenal...cuma nak share je dgn u all...n nak tau gak pe yg u all akn wat kalo perkara mcm ni jd pada diri u all...jgn marah ye..hanya sekadar hiburan n pengalaman dr org lain.....)

Saturday 18 February 2012

TAK NAK SAKIT HATI LAGI....

dah sebulan aku x tgk blog aku ni...al-maklum lah cuti katanya....dan sebulan juga lah aku x update ape2 kt blog aku ni...cuma aku harap sem ni aku lebih tabah dengan segala dugaan yg melanda aku...n yg paling pntg aku x nak ada rasa sakit hati lagi dengan sesape...senang kata biarlah orang nak buat jahat kt aku n yg pntg aku x buat jahat kt orang-orang yg pernah sakitkan hati aku...kalo bole aku nak happy2  je...
sem ni aku juz amik 4 subjek je hope x ada pape masalah n yg pntg aku dpt siapkan segala esaimen aku dgn sempurna x kira lah individu @ group...dan yg pling pntg masalah kesihatan x menganggu aku lg...Insyaallah...

Sunday 15 January 2012

Tuntutlah iLmu...

"menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang muslim"
( Riwayat Ibn Majah"

"kelebihan orang yang berilmu dengan orang yang beribadat (tanpa ilmu) ialah seperti kelebihan cahaya bulan pada malam ke-14 dengan bintang-bintang lain. "
(Riwayat Abu Daud)

contohilah kegigihan ulama silam dalam menimba ilmu n cuba kita kaji apa yg telah kita lakukan dalam menimba ilmu..adakah hanya sekadar utk mendapatkan segulung ijazah @ sebagainya...

Abu Hurairah telah menghafal sebahagian besar hadis dan membahagikan malamnya kepada 3 bahagian iaitu 1/3 pertama - belajar, 1/3 kedua - solat, 1/3 ketiga - tidur...huhuhu...kita plak bahagikan masa kita kepada berapa bahagian n bahagian mana yg lebih...

Ahmad Bin Hanbal telah berjalan sejauh 30000 batu untuk mencari hadis dan menghafal sejuta astar dan mewariskan 40000 hadis dalam musnad...

Jabir BinAbdullah pula sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari satu hadis....

Imam Al-Ghazali telah menghafal al-Quran pada usia 6 tahun dan menjadi ulama besar yang mengajar ulama seluruh negara pada usia 9 tahun....

banyak lagi contoh2 ulama masa silam yang gigih dalam menimba ilmu...ni adalah antaranya....selamat berenung...hehehehhehehe.....

Friday 13 January 2012

ikan masak goreng asam..

aha! bkn blog utk memasak..tp juz nk kongsikan resepi kedua aku yg selalu gaklah aku msak kt umah utk family aku yg tercinta..x susah..sennag je..cuba try test ( padahal maksud sama je 2).hahahahahaha...


ni bahan2nya :


- 1 kilo ikan caru @ pape ikan pun blh...( jgn ikan yg bermisai sudahlah ye)
- bawang merah yg besar = 3 biji
- bawang putih = 3 biji 
- halia = 1 inci 
- lada merah dan lada hijau @ lada basah = 8 tangkai
- lada cili ( kalo rasa nk pedas)
- air asam ( asam kena bnyk ckit..sbb dah nama pun gornge asam..so, rasa asam 2 kena lah ada)
- minyak masak
- garam
- ajinamoto


cara2 nak masak..


- ok, first sekali hiriskan semua bahan2 td...(bwg merah, bwg putih, halia n lada basah). kalo bg yg gemar pedas2..u all blh hiriskan lada cili...( lada basah 2 dihiris mcm kite nk letak dlm sayur)
- gorengkan ikan u all td..tp jgn terlalu garing sbb nt keras bila dah sejuk..
- dgn menggunakan minyak ikan 2 td.(kalo bnyk sngt kurangkan minyaknya)...u all tumis kn semua bahan2 yg dihiris..
- bila dah naik baunya...masuk kn air asam tp agak2 lah airnya n bergantung pada ikan u all.
- pas 2 bila kuah dah mendidih..masukkan ikan n kacau hingga sebati..
- last sekali, suaikn garam n rasanya...bila dah masak...blh lah u all makan...

PERINGATAN....GUNAKAN ASAM LEBIH SIKIT SBB NAK RASA MASAM DLM MASAKAN...TAPI KALO TERLEBIH MASAM, MCM BIASA LAH...TAMBAHKAN AIR BIASA DALAM MASAKAN 2...N THEN BIAR KAN SEKETIKA..BILA KUAH DAH MENDIDIH, RASA DAH OK...U ALL DAH BLH MKN.hehehehehe....selamat mencuba ye...kalo x faham..blh lah bertanya....

KENAPA????

maafkan aku..
seandainya baru kini aku menjelma kembali...
maafkan aku...
seandainya baru kini aku menjelaskan semuanya padamu...


namun, aku punyai 1001 alasan mengapa aku sedemikian..
kini aku temui kebahagiaan dirimu...
tiada apa yg dapat aku katakan..
hanya doa dari ku utk mu...
semoga kau bahagia dgn cintamu sekarang...


puas sudah aku berusaha..
mencari dirimu entah ke mana
aku hilang dirimu sekelip mata
hanya kerana salah sangka..


kini aku akn pergi dari hidupmu
mencari kebahagian yang tidak pasti
namun aku percaya dengan ketentuan ilahi
setiap yg kita kasihi pasti akn pergi..


kalo rasa x best jgn gelak ea...

Monday 9 January 2012

kAnSeR pAyUdArA

ape yg u all tahu sal kanser payudara ni????  huhuhuhu...jgn ingat hanya perempuan saje yg alami sakit ni...lelaki pun ada gak tau...berdasarkan maklumat yg aku perolehi, 95% adalah dikalangan wanita n 5 % adalah drpd kalangan lelaki. mcm u all tahu..penyakit ni merupakan 1 penyakit yg amat di takuti oleh wanita n bnda ni jd disebabkan oleh faktor genetik yg dikaitkan dgn faktor persekitaran. cara pemakanan yg x betul juga blh menyumbang kpd penyakit ni n kalo u all nk tau..org cina paling ramai kena penyakit ni, pas 2 india n last sekali org melayu...kt sini aku nk share smething la npe seseorang 2 kena penyakit ni...aku x tau lah sejauh mne kebenaran fakta ni, tp berdasarkan ape yg aku alami..aku takut utk meneruskannya. 

- jgn guna baju dalam yg ada besi di bawahnya sbb 2 akn menyebabkan payudara x dpt bernafas sepenuhnya.
- jgn mkn makanan berlemak yg terlalu bnyk...
- tido mlm kena bkk baju dlm.
( bukan tujuan untuk mencarut, tapi sekadar berkongsi pengalaman n pengetahuan)

tp sebenarnya ada bnyk lg faktor kenapa penyakit ni menyerang golongan wanita...n u all blh try search kt internet tntg kanser payudara ni sbb kt situ u all blh dptkan maklumat yg lebih lanjut. lg 1, perubatan bkn hanyalah secara klinikal tp blh juga dilakukan dlm perubatan tradisional..hehehehe..x salahkan kalo kite berusaha.... mcm aku seriusly aku ckp, aku minum minyak kelapa dara..rasanya x adalah sedap sngt..tp nk baik punya pasal aku telan je...kt sini aku bg u all beberapa link tntg kanser payudara..so u all baca lebih lnjut kt situ....hehehehehe.....mencegah lebih baik daripada merawat...huhuhu..kalo x btul 2 tlg lah tegur ye...

AsAm pEdAs StYLe AkU...

aku berasal dari muar johor...aku mmg minat n suka memasak...thanks ea ibu sbb ajar kite masak.ha...u all yg baca ni mesti dtg dr mcm2 negeri kn n mesti ada cara yg tersendiri nak masak... ha, kali ni aku nak share mcm mne nk masak asam pedas johor tp ikut style aku...kt bawah ni ada senarai bahan n mcm mne nk masak..terpulang lah kt u all nk guna ayam @ ikan...

bahan-bahan : nk masak utk sekor ayam...

- lada kering ( amik lah dlm 2 genggam atau lebih ckit, sbb style aku masak ni pekat..biasalah org johor kan..)
- bawang merah kecik ( 4 @ 5 biji )
- bawang putih ( 3 biji dah cukup )
- halia ( dalam 5 @ 6 hiris je n pndai la agak2 sbb u all pun tau kn kalo terlebih sngt ape lah rasanya nt)
- kunyit ( ikut jari kelingking u all...jgn bnyk sngt nt pahit rasanya)
- air asam jawa ( jgn bnyk sngt guna asam jawa...nt masam sngt..aku suka guna asam jawa yg dibancuh bkn keping2)
- daun kesum
- bunga kantan ( kalo nk letak la...)
- belacan ( kalo u all mkn belacan...letak lah sikit..tp kalo x mkn jgn letak...huhuhu..mcm aku lah 2 )
-garam ( ikut tekak masing2..kalo x nk kena darah tinggi jgn lah bnyk2)
- ajinamoto ( letak ikut kesesuaian..nk cover2 rasa je 2)
-minyak ( penting ni..kalo x ada minyak..x masak lah u all...letak ikut kesesuaian..)

cara2 nak masak...x susah..senang je...

- mula2 u all blender kn lada kering, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit, belacan ( kalo rasa nk letak )
- lepas 2 panas kn minyak n bila minyak dah panas..tuangkan ape yg u all dah blender td...tumis bahan td sampai naik minyak n betul2 masak..tp jangan hangus @ hangit palk...confirm dah x sedap nt..kena jaga masa  tumis 2...
- lepas 2, bila bahan yg u all tumis dah betul2 masak @ naik minyak..masuk kan ayam td....n gaulkan perlahan2 sbb nk ratakan bahan tumis td je..
- lepas 2 masukkan air asam jawa td...ha, letak ikut paras ayam td...kalo u all letak air bnyk sngt..2 yg kuah jd cair...
- ok, lepas 2 u all suaikan garam n ajinamoto.
- lepas 2, masukkan daun kesum td ( aku lebih suka guna daun kesum sbb aroma dia sedap). kalo x nk letak daun kesum letak bungan kantan boleh..( yg pntg bunga kantan 2 dihiris2 dulu..jgn letak sebiji2 tau...)
- lepas 2, try rasa..kalo termasam sngt..cover dgn air biasa...n then pndai2 lah suaikan rasa masam n masin ikut tekak u all...
- last sekali u all didihkan kuah 2...bila ayam dah masak, kuah dah sedap, rasa dah ok...u all blh lah hidangkan kt family u all..

hehehhehe...selamat mencuba..kalo rasa ada yg x faham n ada yg sy tertinggal 2...bg tau lah ye...sekadar berkongsi sesuatu....hahahaha....

Sunday 8 January 2012

TaBiAT akU mAsA kEcIK2

aha!!! aku percaya setiap drpd u all mesti ada tabiat mase u all kecik2 kn...ha, mcm yg aku ckp...dlm blog ni semuanya tentang aku...hahahahaha...kali ini aku nk kongsi kn ckit ape tabiat aku mase kecik2..
ok, kalo u all nk tau..mse kecik2 aku ni kuat merajuk n x blh di tegur...mksd aku x blh di tegur 2 mcm ni....kate kn lah aku tgh main2 n then aku terjatuh..pas 2 ada plak org tegur aku n ckp mcm ni " laaaa.....lisa jatuh..." ha! kalo u all nk tau..lepas aku kena tegur 2 aku terus lari n nyorok bawah meja @ pun nyorok bwah kerusi...hahahahha...sampai skrg di sebabkan bnda 2,  org di sekeliling aku x blh lupe.lebih2 lg mak teh aku...hahahaha..ape x nye, mse kecik2 aku selalu ikut dia ke mne je...n tabiat 2 selalu jd bila kt umah dia....huhuhuhu...bila ngat blik, lawak ada, malu pun ada... mak teh aku ada ckp, lepas nyorok 2..mak teh juz nmpk kepala je n dgr suara org menangis...so, bila dah tau mcm 2 mak teh aku x berani nk tegur lg dah....hahahahahaaha....
aku masih ngat lg 1 peristiwa ni...mse 2 aku merajuk n lari bawah meja..lme lah gak aku bertafakur kt bawah 2...ntah mcm mne kaki terselit kt celah meja n x blh keluar.haaaa...mse 2 pndai plak aku pgil ayah suruh tlg keluarkan...kalo x, ntah bila lah aku nk keluar dr bwah meja 2...hahahahahaa...
 2 lah serba sikit tabiat aku masa kecik...u all ada????

AkU SukA WaRnA wArNi.

huhuhuhu..aku suka warna warni...tp wane yg pling aku suka warna pink...so, kalo u all rasa sakit mate tgk blog aku ni...aku minx maaf la ye...hehehehehe...k, slmt membace!!!
hope u all happy..x happy pun wt2 je happy...hidup kena happy..

Saturday 7 January 2012

NaK TahU rAhSiA tARiKH lAhIr KorAnG??

ikut contoh step ni :

tarikh lahir + bulan lahir + tahun lahir = dapat jawapan
16 + 4 + 1987 = 2007
2 + 0 + 0 +7 = 9 
so, 9 tu adalah no lahir korang...kt bawah ni ada ckit penerangan sal no lahir...huhuhu..bacalah mne yg kena dgn u all...

1 ( ketulenan ) = mempunyai idea2 yg baru, ada cara yg tersendiri, merupakan golongan yg paling jujur n boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi, suka menjadi yg terbaik, suka bekerja sendiri. org terkenal yg sama no lahir dgn u all spt Hulk Hogan.

2 ( pendamai ) = mementingkan keperluan org lain sebelum dirinya, suka mengikut gerak hati, x suka bersendirian, persahabatan adalah penting buat mereka, secara semulajadi u all ni pemalu. org yg sama no lahir dgn u all spt Thomas Edison, Madonna.

3 ( ceria ) = u all yg ada no lahir ni merupakan seorang yg sngt kreatif, sosial, mesra, romantik n mudah di bawa berunding. suka memulakan sesuatu tp jarang dpt menyiapkannya, suka menggembirakan org lain, sngt popular dan idealistik n perlu belajar utk melihat sesuatu yg lebih realistik. org yg sama no lahir dgn u all ni spt Jody Foster...kalo x kenal sape dia...sng je..try search kt tenet ea...

4 ( konservatif ) = sngt peka n tradisional, sukakan arahan n sesuatu yg rutin, bertindak bila faham sepenuhnya tntg ape yg dia nk buat, suka bekerja keras n buat scr sendirian, mudah tertarik dgn aktiviti luar, sabar, tekun n adakalanya degil. perlu belajar untuk menjadi lebih fleksibel n bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. org yg sama no lahir dgn u all ni spt Paul Hogan, Tina Turner.

5 ( perintis ) = ada sikap ingin tahu n suka ambil risiko, x suka disekat, persoalan yg selalu ada kt otak u all x pernah berhenti.org yg sama dgn u all spt Abraham Lincoln, Jessica Walter.

6 ( romantik ) = merupakan seorang yg idealistik n sesuatu sbb utk rasa gembira, hubungan kekeluargaan yg kuat pntg utk u all, perasaan mempengaruhi keputusan, suka membantu n menjaga seseorang, sngt setia n blh jd guru yg baik, suka seni muzik, teman yg setia. org yg sama dgn u all spt Albert Einstein.

7 ( intelektual ) = suka menyelesaikan sesuatu yg tersembunyi, perasaan x mempengaruhi keputusan, suka mempersoalkan ape yg ada di sekeliling mereka, lebih dikenali sbg ahli falsafah, suka pada perkara yg berteknikal n suka berahsia. org yg sama dgn u all ni spt Willian Shakespeare, Michael Jackson, n Princess Diana.

8 ( penyelesaian ) = penyelesai masalah, profesional, berterus terang, penilai yg abik n sngt tegas, mempunyai perancangan yg hebat n suka hidup dlm suasana yg terbaik, suka mengendalikan manusia, mempunyai cara yg tersendiri. so u all ni di nasihatkan supaya belajar utk buat keputusan berdasarkan keperluan sendiri drpd ikut keperluan org lain. org yg sama dgn u all ni spt Pablo Picasso.

9 ( pelakon ) = berkebolehan untuk hiburkan org lain, sngt penyayang n pemurah, dgn daya tarikan yg ada u all x ada masalah utk berkawan , mempunyai personaliti yg pelbagai n menyukarkan org lain utk faham akn u all, mempunyai nasib yg sngt baik tp blh menderita sbb terlalu bergantung pd nasib n perasaan. so u all di nasihatkan spy wujudkan kasih syg dlm diri 2.org yg sama dgn u all ni spt Elvis Presley.

RaHsIa dI SEbALIk tUliSaN

tulisan menegak = merupakan seorang yg rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan org lain n sikap amat disenangi oleh org lain. mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.

condong ke kanan = bersikap terbuka dalam pergaulan n bercinta, sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar drpd org lain, kurang keyakinan dgn tindakan yg diambil n memerlukan pendapat org lain utk meyakinkan diri mereka, mudah merasa bosan n x suka tunggu lama2.

condong ke kiri = (ada ke org tulisan condong ke kiri, hehehehheeh) seorang yg sensitif, seorang yg amat berhati2 sbb x nak ada rasa kesal di kemudian hari, yg paling penting diorang ini sngt setia pd org yg dia cintai....huhuhuhu...

RaHSIa wArNa kEgEmArAn WaNiTa

merah = berani , emosional, tegas, tamak, n suka bersenang-senang
biru = setia pd pasangan, pndai menyimpan wang, kuat kemahuan, berterus terang, jujur, cekap, memberi manfaat n tegas.
hijau = suka pada kebahagiaan, x suka bergaduh @ bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian.
hitam = suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, x mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan. baik hati n cepat tersinggung.
coklat = kaya dgn sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, mudah was2, takut buat salah.
ungu = pemurah, x suka diperintah, berinisiatif, bijak tp beremosi, keinginannya x meluap2.
kelabu = suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka berkorban, cerdas n bijak.
kuning = menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
putih = bersih fikirannya, berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, hatinya sentiasa tenteram, suka menolong n sentiasa bertawakal.

BiLa sI kEcIk sEmAkIn mEmBeSar


rindunya la hai kt anak sedara aku yg sorang ni...dulu tgk kecik je..sekarang ni dah besar...ibu aku ckp dia nmpk cerdik..suka tersenyum n dah pndai nk berbual...huhuhu..padahal umur x sampai setahun lg..pape pun mak uda syg kamu Muhammad Syakir...tunggu mak uda balik x lama lg ye..mak uda nk exam...tinggal lg bpe2 paper je...

Friday 6 January 2012

KiNi aKu bErGeLaR siNgLe

kini aku bergelar single sehinggalah x tau sampai bila status ni akan wujud dlm diri aku...yg pntg aku happy dgn kehidupan aku skrg...aku x perlu pikir masalah tntg perhubungan, x perlu pikir nak pujuk memujuk....hahahahha....
tp sampai bila ye aku harus mcm ni...ramai kawan2 aku yg  akan bergelar "PUAN" dan ada yg dah memepunyai cahaya mata...huhuhuhu...x pela, aku percaya dan yakin dgn kekuasaan Allah.
setiap manusia itu diciptakan untuk berpasangan n setiap manusia tu ada pasangannya, cuma cepat @ lambat untuk kita bertemu dgn nya...
by the way...pd kawan aku odah n liyana selamat menempuh alam rumah tangga yg x lama lg..cpt2 lah dapat baby...huwaaaaa3....