Friday, 19 October 2012

Syukur Atok dan Nenek Diberikan Peluang

Maha suci Allah....Alhamdulillah atok dan nenek telah diberikan peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah. dengan berkat kesabaran atok dan nenek akhirnya dapat juga mereka pergi. pada tarikh 4 Oktober 2012 atok dan nenek telah berangkat ke Tanah Suci Kota Makkah. Walaupun aku tidak dapat menghantar mereka ke lapangan terbang, namun aku sempat melihat atok dan nenek melalui video call sehari sebelum mereka berangkat.Terima kasih kepada pak usu aku...Aku dan semua ahli keluarga amat merindui atok dan nenek.Semoga atok dan nenek beroleh haji yang Mabrur dan diberikan kesihatan yang baik bagi memudahkan atok dan nenek beramal ibadah disana. Insyaallah....ada rezeki aku akan hantar ibu dan ayah ke Tanah Suci Kota Makkah pula dan itulah impian aku untuk ibu dan ayah... Insyaallah ada rezeki lebih lagi, aku pula yang akan menyusul.Amin.....








Terima kasih pada Mohd Farhan Bin Zakaria @ Hanzack Zakaria sebab upload gambar-gambar ini dekat facebook...at least akk dapat juga tgk atok n nenek.


Untuk semua ahli keluarga ku yang tersayang, sama-sama kita nantikan kepulangan atok dan nenek pada 19 November 2012 ni....






No comments:

Post a Comment