Monday 21 October 2013

Aku Dan Rumah Seri Kenangan Kangar, Perlis

Assalamualaikum...lama tak update blog. sibuk sedikit dengan kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Sepanjang menyepi ini banyak aktiviti yang telah dilakukan. tetapi yang paling best ialah semasa berpraktikal di Rumah Seri Kenangan Kangar, Perlis. Apa tidaknya, enam bulan duduk dinegeri orang tanpa keluarga tersayang. Banyak dugaan dan cabaran yang perlu aku dan rakanku Intan Nur Areena lalui sepanjang kami dinegeri orang. tetapi secara keseluruhannya aku seronok berada dinegeri orang. sekurang-kurangnya itu semua mematangkan aku untuk menempuh pancaroba hidup didunia. Ok lah, nak dipendekkan cerita, semua staff di Rumah Seri Kenangan Kangar baik-baik dan sporting. Aku punya penyelia agensi pun sporting. Tapi tak bermakna aku nak ambil kesempatan bila mereka semua sporting dengan aku. Ada juga staff yang banyak menolong aku sepanjang aku disana. Kenangan dan pengalaman aku disana susah nak dilupakan. Lebih-lebih lagi tok wan dan atok-atok yang ada disana. Sejujurnya aku sangat rindukan mereka, walaupun mereka sudah tua tetapi mereka boleh dijadikan kawan. Dan sepanjang aku disana, merekalah kawan-kawan aku, tidak kiralah aku berada dalam keadaan apa sekali pun. Terima kasih tok wan dan atok. Dalam kegembiraan mesti ada kesedihan, sampai sekarang aku tak boleh lupa wajah seorang tok wan ni bila beliau tidak boleh membuat kad pengenalan di jabatan pendaftaran disebabkan faktor-faktor tertentu. saat tu aku berasa sebak sangat-sangat dan aku menahan kesedihan tu. Niat dihati ingin membantu, tetapi apa kan daya jika pihak yang berwajib juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Untuk tok wan yang saya maksudkan ni, lisa doakan semoga tok wan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan gembira tinggal disana. Kenangan kita berkaraoke bersama-sama untuk aktiviti terapi muzik tak akan lisa lupakan. Terima kasih ya tok wan. Selain tok wan yang aku cerita tu, ramai lagi tok wan dan atok-atok yang membuatkan aku rasa sayang pada mereka sangat-sangat. Lain kali aku cerita kisah mereka.




#maaflah nama tok wan yang aku ceritakan ni tak boleh diberitahu untuk tujuan tertentu.

# aku nak pesan....SAYANGILAH ORANG TUA KITA. 

Tuesday 20 November 2012

NaMpAk MaCaM lAwaK tApI iTU lAh AkU

hehehehe....cuba tengok tajuk aku tu "Nampak Macam Lawak Tapi Itu Lah Aku ". aha!!! apa bendanya tu???

ting tong!!!
kali ni aku share apa yang aku x boleh, yang aku boleh aku x nak ceritalah...hahahahaha!!!

ok la...dipendekkan cerita, sesiapa sahaja yang nak berkawan dengan aku diorang x perlu risau-risau. nak tahu kenapa???? haaaaaa....kt bawah ini aku nyatakan sebab-sebabnya  :-)

1- aku tak makan makanan laut seperti udang, sotong, dan ketam. kalau ikan tu aku makan lah...
                KENAPA??? sebab nak kata alahan tu tidak...tapi mmg aku x makan. x mau lah tanggung risiko..hehehe...

2- aku x suka makan dekat kedai yang ramai orang..nak tahu kenapa??? sebab nanti dapat makanan lambat,  lepas tu mulalah nanti aku jadi "hulg". seriously aku memang kuat makan dan aku suka makan.

3- aku x suka makan kat tempat yang ramai lelaki...huhuhuhu..yang ni paling aku x suka, sebab nanti "lelaki-lelaki" tu tengok perempuan macam nak makan. scary u know!!! lepas tu nanti mulalah nak main "sweet2". apa dia ngat aku ni spesis tikus mondok macam diorang ke??? eeeeeuuuuuu...please lah!!!

4- aku x suka makan dekat tempat yang exclusive...huhuhu, selamatlah duit u all....aku lebih suka makan dekat tempat yang biasa-biasa je...yang penting sedap, kalau x sedap x guna jugakan. sebab confirm aku x abis makan nanti..lepas tu membazir...

5- aku x suka makan DURIAN!!!! kalau nak ikutkan dulu aku makan je, tapi dah beberapa tahun ni aku x makan sebab bau durian tu buat aku pening. so, jangan makan durian depan aku. tu pun kalau x nak tgk aku moody la..hahahaha...

6- aku x suka p tempat ni "Genting Highland"...huhuhu, selamat lagi lah duit aku n sesape je yg berkawan dengan aku. korang ajak la macam mana pun, aku tetap x nak pergi..bukan sebab takut, tapi.......x tahulah kenapa..sudah3, jangan banyak songeh..baca je yang seterusnya!!!





dah habis dah.....tu je yang aku nak share :-)

Friday 19 October 2012

Syukur Atok dan Nenek Diberikan Peluang

Maha suci Allah....Alhamdulillah atok dan nenek telah diberikan peluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah. dengan berkat kesabaran atok dan nenek akhirnya dapat juga mereka pergi. pada tarikh 4 Oktober 2012 atok dan nenek telah berangkat ke Tanah Suci Kota Makkah. Walaupun aku tidak dapat menghantar mereka ke lapangan terbang, namun aku sempat melihat atok dan nenek melalui video call sehari sebelum mereka berangkat.Terima kasih kepada pak usu aku...Aku dan semua ahli keluarga amat merindui atok dan nenek.Semoga atok dan nenek beroleh haji yang Mabrur dan diberikan kesihatan yang baik bagi memudahkan atok dan nenek beramal ibadah disana. Insyaallah....ada rezeki aku akan hantar ibu dan ayah ke Tanah Suci Kota Makkah pula dan itulah impian aku untuk ibu dan ayah... Insyaallah ada rezeki lebih lagi, aku pula yang akan menyusul.Amin.....








Terima kasih pada Mohd Farhan Bin Zakaria @ Hanzack Zakaria sebab upload gambar-gambar ini dekat facebook...at least akk dapat juga tgk atok n nenek.


Untuk semua ahli keluarga ku yang tersayang, sama-sama kita nantikan kepulangan atok dan nenek pada 19 November 2012 ni....






Saturday 15 September 2012

Sekali Dalam Hidup Aku!!!

14 September 2012 merupakan satu hari yang paling seronok dalam hidup aku. Benda ni dah lama aku nak buat, tapi x tahu macam mana nak join. Tapi Alhamdulillah, lepas aku nampak kawan aku duk post tentang program sukarelawan kat sebuah hospital ni, aku apa lagi terus tanya dia untuk dapatkan maklumat lanjut...

hmmmm....aku pun apa lagi, tak kan nak rasa benda ni sorang2...aku pun ajak lah kawan2 aku untuk join sama...aku ajak 3 orang rakan aku iaitu Atikah Bahaman, Intan Nur Arena dan Nur Fazatul...tapi hanya 2 orang je rakan aku yang join...but it's ok..after this kalau ada lagi aku nak ajak tiga2 sekali...

ok, aku dan kawan2 kena buat kerja sukarela ni dekat bahagian kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star Kedah. mula2 tu takut lah juga sebab pikir apa kemungkinan2 yang akan kami lalui.. yela duk bahagian kecemasan 2  :-) ...sampai2 je kt hospital orang2 kat situ tgk kami mcm kami ni alient...sabo jela..aku pun masuk dalam hospital dengan muka buat dono je..hahahaha....lepas 2 aku dan kawan2 di beri sedikit penerangan tentang bahagian kecemasan 2 dan tempat2 yang akan kami duduk...

jeng3!!!!

tuuu diaaaaa.......

mula2 aku tgk kt bilik prosedur 2 ada mcm2 peralatan dan agak menakutkan sbb itu lah bilik untuk menjahit patient n cuci luka2 patient, dan depannya wad pemerhatian (OR)..pas 2 aku dan kawan2 di bawa ke yellow zone dan red zone...2 lah tempat2 yang akan kami duduk...hmmmm...kerja kami amat mudah dan bantu setakat yang kami mampu...aku dan kawan2 diberi tugas masing2 yang mana 1 tempat akan diletakkan 2 orang sukarela..mula2 aku dan Nur Fazatul duk kat bahagian red zone tapi ditukarkan ke bilik prosedur...huhu!!! BILIK MENJAHIT ORANG 2.....

kul 8.30 kami memulakan tugas..mula2 agak kekok dengan keadaan dan peranan kami di situ...tapi x ape, aku dan ton tunggu je kat luar bilik prosedur 2... kut2 lah ada patient yang nak kena jahit...

hambik kau!!! x lama lepas 2 ada sorang patient duk depan kami nak kena jahit...takut lah juga kan...5 minit lepas 2 datang sorang MA ni...dan aku pun tanya " ada nak kena bantu apa-apa x??? " padahal jantung aku dup dap..dup dap...hahahha...MA 2 pun tanpa segan silu cakap " boleh je kalau nak tlg"..huhu..aku dan ton sepantas kilat masuk dalam bilik 2....

fuuuuyooooooooooooooo!!!!
kena jahit 2....aku suruh ton tlg dulu..tapi dia x berani..so aku lah yang kena tlg MA 2...menggigil tangan dan kaki aku..apa tak nya, mula2 kena lap darah patient, cuci luka petient dan last sekali tlg MA 2 jahit luka patient ( padahal tlg gunting benang dan lap darah patient masa jahit je...tapi ngat senang ke??? susah jgk 2...)

malam tu ramai patient yang kena jahit disebabkan excident, kena belasah dengan orang dan yang paling aku x tahan bila ada patient ni yang DRUNKEN MASTER.....tapi x pe...aku kuat kan diri aku juga...tang drunken master ni aku agak takut sikit..takut dia bukak silat dia...yela orang tgh mabuk dan x sedarkan diri...time nak jahit luka dia kt dahi..time 2 la dia nak mengekut kan badan dia..sampaikan MA tu geram dengan dia...aku cuba tenang kan patient walaupun aku takut...tapi bukan patient je, dengan MA tu sekali aku tenang kan...hahahahahaha.....tapi alhamdullillah..semuanya berjalan dengan baik...

bila bosan..aku jalan2 n tlg kawan2 aku yg lain...antaranya tolak patient pergi x-ray dan masuk wad...bagi aku ini adalah satu pengalaman yang menarik dalam hidup aku...kalau ada peluang macam ni lagi aku nak join...tepat kul 8 pagi aku dan kawan2 balik ke UUM dengan aku masa tu MENGANTUK + HAPPY = KEPUASAN.....

YANG PASTI AKU MEMANG NAK JOIN LAGI..SEBAB TAK ADA ERTI BOSAN DAN TAKUT  BILA AKU DAH MULA SERONOK JOIN PROGRAM SUKARELA NI...CUMA 1, DI SAAT AKU TAKUT AKU SEDARKAN DIRI AKU DENGAN MENGATAKAN BAHAWA " AKU KE SINI NAK TOLONG ORANG DAN TIMBA PENGALAMAN DENGAN BELAJAR BENDA-BENDA BARU DAN BUKANNYA UNTUK SUKA-SUKA "








sekian..tu sahaja cerita aku pada masa ni...hehehehe....

Saturday 8 September 2012

Aku Bersyukur Di Pertemukan Dengannya....

Alhamdulillah..bukan mudah untuk mencari seseorang insan yang benar-benar ikhlas menerima diri kita dalam kehidupannya. Aku bersyukur kepada Allah di saat doa aku di makbulkan oleh Allah setelah 6 tahun kehidupan aku sengsara tanpa ada rasa kebebasan. Aku yakin dengan kekuasaan Allah yang Maha Mengetahui apa yang telah aku lalui. Kini aku dipertemukan dengan seorang insan yang boleh menerima aku seadanya dan dengan keikhlasan yang ada pada dirinya, dia berani tampil untuk berjumpa dengan ibu dan ayah aku. Syukur Alhamdulillah ibu dan ayah aku dapat menerimanya walaupun perbezaan umur kami agak jauh. Namun itu bukan penghalangnya kerana aku benar-benar mencari lelaki yang ikhlas untuk menerima aku. Sekali lagi aku bersyukur kerana ibu dan ayah aku telah merestui hubungan kami. Kini aku bermohon pada Allah supaya peliharalah hubungan kami dari sebarang perkara yang tidak diingini. Aku tidak peduli apa yang orang nak kata bila aku coretkan kisah hidup aku ini kerana aku tak nak orang-orang perempuan macam aku ni mudah putus asa dalam percintaan. Aku nak mereka yakin dengan kekuasaan Allah yang mana jodoh dan pertemuan itu semuanya ditentukan oleh Nya. Aku juga tidak kisah apa yang orang lain nak pikir tentang aku di saat mereka membaca apa yang telah aku coretkan ini kerana itu semuanya hanya aku, keluarga dan insan tersebut saahaja yang tahu. Tapi satu perkara yang korang kena tahu, apa yang aku coretkan disini hanya untuk berkongsi apa yang telah aku lalui. Aku harap bagi mereka yang cuba untuk mendekati aku saat ini faham apa yang telah aku ceritakan kerana kini aku sudah temui kebahagiaan. Buat Insan yang aku sayang, terima kasih di atas keikhlasan mu, kejujuran mu dan kasih sayang mu. Sama-sama kita ingat pesan ibu " apa-apa pun dalam perhubungan ni, kita kenalah jujur tak kiralah sesama kita mahupun dengan orang tua kita, kerana semua itu akan bawa berkat dan dipermudahkan segala urusan kita "

Tuesday 4 September 2012

Aku Dan Dunia ku

Siapa kata wanita tidak mampu untuk melakukan apa yang lelaki lakukan. sebab itu jangan sesekali memandang rendah pada golongan wanita. Walaupun video yang u all tengok ini tidak sehebat kumpulan lelaki mahupun kumpulan wanita lain...namun aku bangga dengan mereka kerana dengan berkat kesungguhan dan kegigihan mereka kumpulan ini masih bertahan. aku tak malu nak tunjuk kepada orang ramai kerana aku tahu mereka boleh untuk lebih maju....sebenarnya banyak lagi lagu-lagu yang boleh mereka mainkan, cuma video ini akan aku upload dalam blog aku sebab x semua orang boleh mainkan alat muzik sambil berselawat terutamanya pada golongan wanita. terpulang u all nak cakap apa, tetapi cuma 1 aku nak katakan " Aku Bangga Dengan Mereka dan Aku Bangga Menjadi Sebahagian Daripada Mereka "

Selamat Menonton....





Monday 11 June 2012

Batu Feringgi - Penang Butterfly Farm - Bukit Bendera

assalamualaikum semua...dah lama rasanya x update blog ni..rindu plak...time teringat nak update..time 2 la ada je keje nak buat..ha..sekarang, ini lah masanya nak update blog aku ni...

      kali ini aku nak share tempat2 menarik yang aku dah pergi sepanjang aku duk kat negeri org ni... baru2 ni aku dengan mak teh aku pergi ke peneng n secara x langsung aku jadi tourist guide untuk mak teh sekeluarga...sebenarnya banyak2 tempat menarik yang ada kat peneng..yang penting kena tahu jalan..tapi x apa..sign board ada katanya...so juz follow sign board je la..hahahaha....tapi disebabkan uncle adam tahu serba sedikit jalan peneng ni..keje aku jadi mudah ckit...tp x pela..sama2 membantu katanya...Firstly aku n mak teh p jalan2 kat Batu Feringgi n aku tgk kat situ semuanya pantai, pemandangannya cantik sngt2 n kalau rasa nak mandi..boleh mandi kat situ..tapi jangan tengah2 ari buta..panas katanya..





ok, lepas kami semua p Batu Feringgi, kami pergi pula ke Taman Rama-Rama @ Peneng Butterfly Farm...dengan hanya bermodalkan RM18 utk org dewasa u all dah boleh masuk...rasa seronok sangat pergi taman rama-rama ni..nak tahu kenapa??? sbb rama-rama kat taman ni jinak-jinak, besar-besar dan cantik-cantik semuanya...aku pun ambil peluang sentuh rama-rama tu...x caya nanti u all boleh tengok gambar2 kat bawah ni...selain itu, bukan rama-rama je yang ada kat dalam taman ni, ada juga binatang2 lain seperti ular, ikan dan lain2...bagi u all yg nak cari souvenier utk kawan2...kat taman rama2 ni ada kedai souvenier n blh lah beli kt situ....ni gambar2 kat taman rama-rama tu...



untuk destinasi yang seterusnya, aku bawak mak teh n family dia p Bukit Bendera..huhuhu..ni pun first time aku p sana...dengan hanya bermodalkan RM8 untuk orang dewasa dan RM4 bagi kanak2 yang berumur 3 tahun ke atas..u all dah boleh masuk ke tempat tu untuk melihat pemandangan Pulau Pinang dari atas. perkara paling best ialah naik train dari bawah nak ke puncak Bukit Bendera 2...huhuhu...masa nak naik 2, train nya ala2 lambat je..tapi bila dah nak trun..ambik ko...confirm kecut perut u all...dari atas u all boleh nampak seluruh Pulau Pinang....kalau rasa nak tgk dekat2...u all boleh tgk guna teropong yg disediakan kat situ..bayar 5 kupang je = 50 sen..hehehehhe....kat atas Bukit Bendera 2..u all boleh tgk rumah2 peninggalan British yang kebanyakannya dah pun di beli oleh jutawan2 yang ada kat negara kita ni...dgn udaranya yg nyaman, cuacanya yg sejuk dan pemandangannya yang sangat indah..u all akn rasa tenang..kalau x percaya..pergilah Bukit Bendera 2..huhuhuhu....