Sunday 15 January 2012

Tuntutlah iLmu...

"menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang muslim"
( Riwayat Ibn Majah"

"kelebihan orang yang berilmu dengan orang yang beribadat (tanpa ilmu) ialah seperti kelebihan cahaya bulan pada malam ke-14 dengan bintang-bintang lain. "
(Riwayat Abu Daud)

contohilah kegigihan ulama silam dalam menimba ilmu n cuba kita kaji apa yg telah kita lakukan dalam menimba ilmu..adakah hanya sekadar utk mendapatkan segulung ijazah @ sebagainya...

Abu Hurairah telah menghafal sebahagian besar hadis dan membahagikan malamnya kepada 3 bahagian iaitu 1/3 pertama - belajar, 1/3 kedua - solat, 1/3 ketiga - tidur...huhuhu...kita plak bahagikan masa kita kepada berapa bahagian n bahagian mana yg lebih...

Ahmad Bin Hanbal telah berjalan sejauh 30000 batu untuk mencari hadis dan menghafal sejuta astar dan mewariskan 40000 hadis dalam musnad...

Jabir BinAbdullah pula sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari satu hadis....

Imam Al-Ghazali telah menghafal al-Quran pada usia 6 tahun dan menjadi ulama besar yang mengajar ulama seluruh negara pada usia 9 tahun....

banyak lagi contoh2 ulama masa silam yang gigih dalam menimba ilmu...ni adalah antaranya....selamat berenung...hehehehhehehe.....

No comments:

Post a Comment