Saturday, 8 September 2012

Aku Bersyukur Di Pertemukan Dengannya....

Alhamdulillah..bukan mudah untuk mencari seseorang insan yang benar-benar ikhlas menerima diri kita dalam kehidupannya. Aku bersyukur kepada Allah di saat doa aku di makbulkan oleh Allah setelah 6 tahun kehidupan aku sengsara tanpa ada rasa kebebasan. Aku yakin dengan kekuasaan Allah yang Maha Mengetahui apa yang telah aku lalui. Kini aku dipertemukan dengan seorang insan yang boleh menerima aku seadanya dan dengan keikhlasan yang ada pada dirinya, dia berani tampil untuk berjumpa dengan ibu dan ayah aku. Syukur Alhamdulillah ibu dan ayah aku dapat menerimanya walaupun perbezaan umur kami agak jauh. Namun itu bukan penghalangnya kerana aku benar-benar mencari lelaki yang ikhlas untuk menerima aku. Sekali lagi aku bersyukur kerana ibu dan ayah aku telah merestui hubungan kami. Kini aku bermohon pada Allah supaya peliharalah hubungan kami dari sebarang perkara yang tidak diingini. Aku tidak peduli apa yang orang nak kata bila aku coretkan kisah hidup aku ini kerana aku tak nak orang-orang perempuan macam aku ni mudah putus asa dalam percintaan. Aku nak mereka yakin dengan kekuasaan Allah yang mana jodoh dan pertemuan itu semuanya ditentukan oleh Nya. Aku juga tidak kisah apa yang orang lain nak pikir tentang aku di saat mereka membaca apa yang telah aku coretkan ini kerana itu semuanya hanya aku, keluarga dan insan tersebut saahaja yang tahu. Tapi satu perkara yang korang kena tahu, apa yang aku coretkan disini hanya untuk berkongsi apa yang telah aku lalui. Aku harap bagi mereka yang cuba untuk mendekati aku saat ini faham apa yang telah aku ceritakan kerana kini aku sudah temui kebahagiaan. Buat Insan yang aku sayang, terima kasih di atas keikhlasan mu, kejujuran mu dan kasih sayang mu. Sama-sama kita ingat pesan ibu " apa-apa pun dalam perhubungan ni, kita kenalah jujur tak kiralah sesama kita mahupun dengan orang tua kita, kerana semua itu akan bawa berkat dan dipermudahkan segala urusan kita "

2 comments:

  1. aku setuju 100 % lisa... for those yg meluat or nak kata ape, lantak.. just share... n agree, hargaila org yg ikhlas mencintaii....

    p/s : aku lagi ler, mcm2 aku taip kat blog aku.. huahua.....

    ReplyDelete