Monday 21 October 2013

Aku Dan Rumah Seri Kenangan Kangar, Perlis

Assalamualaikum...lama tak update blog. sibuk sedikit dengan kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Sepanjang menyepi ini banyak aktiviti yang telah dilakukan. tetapi yang paling best ialah semasa berpraktikal di Rumah Seri Kenangan Kangar, Perlis. Apa tidaknya, enam bulan duduk dinegeri orang tanpa keluarga tersayang. Banyak dugaan dan cabaran yang perlu aku dan rakanku Intan Nur Areena lalui sepanjang kami dinegeri orang. tetapi secara keseluruhannya aku seronok berada dinegeri orang. sekurang-kurangnya itu semua mematangkan aku untuk menempuh pancaroba hidup didunia. Ok lah, nak dipendekkan cerita, semua staff di Rumah Seri Kenangan Kangar baik-baik dan sporting. Aku punya penyelia agensi pun sporting. Tapi tak bermakna aku nak ambil kesempatan bila mereka semua sporting dengan aku. Ada juga staff yang banyak menolong aku sepanjang aku disana. Kenangan dan pengalaman aku disana susah nak dilupakan. Lebih-lebih lagi tok wan dan atok-atok yang ada disana. Sejujurnya aku sangat rindukan mereka, walaupun mereka sudah tua tetapi mereka boleh dijadikan kawan. Dan sepanjang aku disana, merekalah kawan-kawan aku, tidak kiralah aku berada dalam keadaan apa sekali pun. Terima kasih tok wan dan atok. Dalam kegembiraan mesti ada kesedihan, sampai sekarang aku tak boleh lupa wajah seorang tok wan ni bila beliau tidak boleh membuat kad pengenalan di jabatan pendaftaran disebabkan faktor-faktor tertentu. saat tu aku berasa sebak sangat-sangat dan aku menahan kesedihan tu. Niat dihati ingin membantu, tetapi apa kan daya jika pihak yang berwajib juga tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Untuk tok wan yang saya maksudkan ni, lisa doakan semoga tok wan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan gembira tinggal disana. Kenangan kita berkaraoke bersama-sama untuk aktiviti terapi muzik tak akan lisa lupakan. Terima kasih ya tok wan. Selain tok wan yang aku cerita tu, ramai lagi tok wan dan atok-atok yang membuatkan aku rasa sayang pada mereka sangat-sangat. Lain kali aku cerita kisah mereka.




#maaflah nama tok wan yang aku ceritakan ni tak boleh diberitahu untuk tujuan tertentu.

# aku nak pesan....SAYANGILAH ORANG TUA KITA.